Isi borang, prompt terbina sendiri. Salin prompt, upload bahan anda ke chat Claude, tampal prompt, dan hasilnya siap untuk kelas.
1. Isi borangTulis maklumat kelas dan topik anda. Prompt di sebelah berubah sambil anda menaip.
2. Salin promptTekan Salin. Bahagian kuning ialah ruang yang belum anda isi.
3. Upload dan tampalDalam chat Claude, lampirkan bahan (PDF, Word, gambar), kemudian paste prompt.
Jangan masukkan data murid sebenar.
Nama penuh, nombor kad pengenalan, markah individu dan maklumat keluarga tidak boleh dimasukkan ke chat. Guna nama samaran dan data contoh. Pendedahan data peribadi tanpa kebenaran boleh melanggar PDPA 2010, dan sekolah atau PPD anda mungkin ada peraturan yang lebih ketat. Semak bahan sebelum upload.
1
Kenal Claude
~15 minit
Sebelum guna prompt, kenal dahulu empat tempat yang akan anda guna. Nama menu kadang-kadang berubah. Kalau tak jumpa, cari nama yang hampir sama dalam Settings.
Sidebar dan chat
New chat memulakan perbualan baharu. Satu topik satu chat, jangan campur semua dalam satu chat panjang.
Senarai chat menyimpan perbualan lepas dan boleh dicari.
Model picker ada dalam kotak chat. Model yang lebih kuat sesuai untuk kerja susah. Model yang lebih pantas sesuai untuk kerja ringan seperti meringkas atau menterjemah.
Butang lampiran untuk upload PDF, Word, Excel atau gambar. Ini cara paling pantas untuk beri Claude konteks.
Projects
Project ialah folder untuk satu kerja besar. Semua chat dalam project berkongsi arahan dan fail yang sama. Contoh: satu project untuk Bahasa Inggeris Tahun 5, satu project untuk kerja pentadbiran. Anda akan sediakan arahan project di Bahagian 3.
Artifacts
Bila Claude menghasilkan sesuatu yang panjang atau boleh dilihat (dokumen, halaman web, kod), hasilnya keluar dalam panel di sebelah chat. Panel itu boleh dibuka besar, diedit, dimuat turun dan dikongsi. Nota digital dan game di Bahagian 7 dan 8 keluar sebagai artifact.
Settings yang perlu tahu
Profile / Preferences: cara anda mahu Claude bercakap dengan anda. Tulis sekali, kekal untuk semua chat.
Connectors: sambung Google Drive, Gmail dan Calendar.
Skills: resipi kerja yang Claude simpan.
Memory: Claude ingat perkara penting antara chat. Boleh dihidupkan atau dimatikan.
Akaun sekolah atau KPM. Kalau anda guna akaun Google sekolah, ada kemungkinan pentadbir menyekat sambungan aplikasi luar. Kalau connector di Bahagian 4 gagal, itu mungkin puncanya. Anda masih boleh upload fail terus ke chat.
2
Global Instruction
~10 minit
Langkah yang paling kurang orang buat, tetapi kesannya paling besar. Anda tulis sekali bagaimana Claude patut menjawab, dan dia ikut dalam semua chat. Tak perlu ulang arahan yang sama setiap kali.
Salin hasilnya ke Settings, bahagian Profile atau Preferences.
Borang
Anda guna Claude untuk
Peraturan tambahan
Preferences anda
Jangan salin bulat-bulat. Semak setiap baris. Kalau anda tak buat kerja pentadbiran, buang baris itu, kalau tidak Claude akan anggap anda buat kerja itu.
Preferences bukan untuk simpan rahsia. Jangan letak kata laluan, nombor kad pengenalan atau maklumat sulit di situ.
3
Project pertama
~10 minit
Buat satu Project untuk satu subjek atau satu jenis kerja. Tampal arahan di bawah dalam ruang arahan project. Kemudian upload fail rujukan anda (RPT, DSKP, buku teks) ke dalam project supaya setiap chat boleh merujuknya.
Borang
Peraturan
Arahan project
4
Connector
~20 minit
Connector menyambung Claude dengan aplikasi yang anda sudah guna setiap hari. Selepas disambung, anda boleh suruh Claude cari fail, baca emel atau semak jadual tanpa keluar dari chat.
Baca sebelum sambung.
Bila anda beri kebenaran, Claude boleh membaca kandungan akaun itu bagi pihak anda. Beri kebenaran paling minimum, jangan sambung akaun yang mengandungi data sulit murid atau rekod rasmi, dan putuskan sambungan selepas latihan kalau anda cuma mahu mencuba. Untuk latihan, akaun Gmail peribadi lebih selamat.
Google Drive: cari dan baca fail
Kalau connector gagal, upload fail terus ke chat guna butang lampiran. Hasilnya sama, cuma perlu upload setiap kali.
Prompt
Gmail: baca dan draf jawapan
Draf dahulu, hantar sendiri. Emel yang sudah dihantar tidak boleh ditarik balik, jadi biasakan minta draf sahaja.
Prompt
Google Calendar: semak jadual dan rancang minggu
Kombo tiga connector. Selepas ketiga-tiganya aktif, cuba: "Semak emel minggu ini, keluarkan semua deadline, silang dengan kalendar saya, kemudian beritahu minggu mana saya akan overload." Kerja ini mengambil sejam kalau dibuat manual.
5
Skills
~15 minit
Skill ialah resipi kerja yang Claude simpan. Daripada menaip arahan panjang setiap kali mahu menyediakan RPH atau minit mesyuarat, anda simpan arahan itu sekali sebagai skill. Selepas itu cukup sebut kerjanya, dan Claude tahu format yang anda mahu.
Langkah A: lihat skill sedia ada
Langkah B: suruh Claude bina skill anda
Borang
Mula dengan contoh (pilihan)
Prompt bina skill
Pasang dan uji. Selepas Claude menjana skill, simpan mengikut arahan di skrin. Ujian paling mudah: buka chat baharu dan minta kerja itu dengan ayat biasa. Kalau hasilnya ikut format anda, skill berjalan. Kalau tidak, penerangan skill terlalu kabur, jadi minta Claude tajamkan penerangan itu. Penerangan yang jelas lebih penting daripada arahan yang panjang.
6
Soalan latihan dan skema
~15 minit
Ini kerja guru yang paling kerap. Upload bahan anda dahulu (halaman buku teks, nota, kertas soalan lama), kemudian tampal prompt di bawah. Claude akan guna bahan itu sebagai rujukan, bukan menjawab dari kepala sendiri.
Borang
Jenis soalan
Prompt anda
7
Nota digital
~30 minit
Tukar nota atau slaid sedia ada kepada satu halaman interaktif: ada progress bar, langkah yang dibuka satu demi satu, butang salin dan kemajuan yang disimpan dalam browser. Upload bahan anda dahulu, buang nama murid dan markah sebenar, dan pastikan anda ada hak untuk guna bahan itu kalau ia milik penerbit.
Pilih gaya UI: contoh dan cadangan ikut keadaan
UI ialah rupa: warna, bentuk, gaya. UX ialah rasa bila guna: senang atau menyusahkan. Kalau anda tak sebut apa-apa, Claude memilih rupa yang generik. Tiga soalan sebelum memilih: siapa yang guna, di mana mereka guna (telefon, komputer atau skrin kelas), dan berapa lama setiap kali.
Contoh rupa setiap gaya
Klik satu gaya untuk memilihnya dalam borang di bawah. Ini lakaran mudah untuk menunjukkan perbezaan, bukan tangkapan skrin sebenar.
Keadaan
Gaya dicadangkan
Sebab
Game untuk murid
Claymorphism, Neo-Brutalism
Besar, berwarna, jelas mana yang boleh ditekan
Nota atau bahan bacaan
Minimalist Flat
Bersih, mata fokus pada isi
Kerja harian guru dan staf
Minimalist Flat, Material Design 3
Rupa yang ramai sudah biasa dengan aplikasi Google
Dashboard banyak data
Bento Grid, Dark Executive
Maklumat dikumpul dalam kotak, mudah diimbas
Dipancar di kelas atau dewan
Dark Executive, Minimalist Flat
Kontras tinggi, boleh dibaca dari belakang
Pengguna kurang biasa teknologi
Minimalist Flat
Tiada hiasan yang mengelirukan
Jadual ini cadangan berdasarkan logik reka bentuk, bukan hasil kajian. Cuba dua gaya dan lihat mana yang murid lebih selesa.
Borang
Ciri yang anda mahu
Prompt anda
Lepas siap: minta Claude semak UX
Jangan tunggu murid mengadu. Minta Claude menjadi pengguna pertama yang kritis. Lima perkara yang paling kerap diabaikan: satu skrin satu tujuan utama, butang cukup besar untuk ibu jari (sekurang-kurangnya sekitar 44 piksel), teks dan latar cukup kontras (garis panduan WCAG minta nisbah 4.5 kepada 1 untuk teks biasa), maklum balas selepas setiap tindakan, dan mesej ralat yang memberitahu apa nak buat.
Borang
Prompt semakan UX
Cara minta pembetulan. Jangan minta Claude tulis semula dari awal. Sebut bahagian mana, apa masalahnya dan apa yang anda mahu. Contoh: "bila saya tekan butang salin, tiada apa yang berlaku." Jelaskan apa yang berlaku, bukan sekadar "tak jalan".
8
Game pembelajaran
~25 minit
Game yang boleh dimainkan dalam kelas. Satu fail, buka dalam browser, tiada pemasangan. Boleh dipancar di skrin kelas atau dihantar kepada murid.
Borang
Pilihan
Prompt anda
Tip untuk kelas. Kekalkan mod skrin besar dipilih kalau anda akan pancar game di projektor. Kemudian minta Claude semak UX seperti di Bahagian 7.